oh world cup...
Posted by f.a.z 1 comments
finally.......
setelah sekian lame x update kat blog, akhirnya aku terpaksa mengupdate jugak... bukan ape, ni sume gara2 fiza yang tiba2 berminat nak ade blog sendri... so, nak jadikan blog aku ni sebagai contoh laa...wahahahaa... sebenarnye, perancangan nak update blog ni mmg dah lame ade... macam2 yang nak diupdate, tapi apakan daya, sejak ade nye akaun fb, asyik jenguk fb je... mungkin kat sane lebih ramai kawan yg menyapa... nak harapkan blog ni, ibarat membebel sorg2 laa... heheehe... anyway, harap2 dapat update blog ni seperti yang dirancang.... tunggu yeee.... ;)
Posted by f.a.z 1 comments
mane yg harus ku pilih??? PART 1
Posted by f.a.z 0 comments
:::Salam Aidilfitri buat semua.. Maaf Zahir & Batin:::
Posted by f.a.z 0 comments
.: CiNTa SeJaTi LaNgiT daN LauT:.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langitmendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.
Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.
Posted by f.a.z 0 comments
:::RaMaDHaN aL-MuBaRaK:::
Posted by f.a.z 1 comments
::Premier League Highlights:::
kat sini aku nak ulas ckit tentang prediciton untuk 4 kelab gergasi ini bagi musim 2009-2010...
last season: 4th
prediction: 3rd
last season: 2nd
prediction : 2nd
Posted by f.a.z 0 comments