THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

oh world cup...



cepatlah world cup abis supaya demam ku ni x terus melarat... hehehee... asyik ngantuk je kat opis... adehhhh... ape laa nak jadi... :p

harap2 kali ni SEPANYOL jadi juara... uhuhuu... BUENA SUERTO ESPANOL!!! VIVA SPAIN!!! walaupun instinct dapat rase Brazil dan Argentina akan ke final, tapi aku akan tetap menyokong pasukan Sepanyol.. demi Fabregas... hikhikhik...

ntah ape yg aku merepek dalam entry ni... dah la, lebih baik tido... mlm ni xde keinginan nak tgk bola... misi malam ni, TIDO AWAL... daaaaaa~


finally.......

setelah sekian lame x update kat blog, akhirnya aku terpaksa mengupdate jugak... bukan ape, ni sume gara2 fiza yang tiba2 berminat nak ade blog sendri... so, nak jadikan blog aku ni sebagai contoh laa...wahahahaa... sebenarnye, perancangan nak update blog ni mmg dah lame ade... macam2 yang nak diupdate, tapi apakan daya, sejak ade nye akaun fb, asyik jenguk fb je... mungkin kat sane lebih ramai kawan yg menyapa... nak harapkan blog ni, ibarat membebel sorg2 laa... heheehe... anyway, harap2 dapat update blog ni seperti yang dirancang.... tunggu yeee.... ;)

mane yg harus ku pilih??? PART 1


dah lame rasenye x update kat cni... asik sebuk berfacebook je... huhuhu... mane yg harus ku pilih??? blog atau facebook??? hehehe... lgpon lately x byk pic yg nak dikongsikan di cni...nak bebel pon xde idea... tambah plak skrg ni masih dlm mood raya... tahun ni raya x bape meriah sgt coz kesihatan ayah x mengizinkan... so kitorg just lepak kat umah n tunggu org dtg beraya je... hehe... ok la 2...

:::Salam Aidilfitri buat semua.. Maaf Zahir & Batin:::


Setelah hampir sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, kini tibalah masanya untuk meraikan kemenangan dengan menyambut tibanya Syawal.. dikesempatan ini, saya ingin menyusun jari memohon maaf andai ada terkasar bahasa dan membuat salah dan silap.. Semoga Hari Raya kali ini memberikan kenangan yang terindah buat kita semua.. ~buat mereka yg melalui perjalanan yang jauh utk pulang ke kampung, diharapkan berhati-hati di jalanraya, ingatlah orang yang tersayang~ :)

.: CiNTa SeJaTi LaNgiT daN LauT:.


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langitmendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.
Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

:::RaMaDHaN aL-MuBaRaK:::

Tanpa kita sedari, Ramadhan telah datang menjengah kita kembali... harap2 belum terlambat untuk ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua... semoga kita semua dapat menjalani ibadah dengan penuh kesabaran dan keinsafan... kedatangan Ramadhan kali aku sambut dalam keadaan kurang sihat... demam, batuk, selsema, datang silih berganti... seluruh badan terasa sakit... sengal segala sendi... dan sehingga ke hari ni, aku masih lagi didalam mood demam... huhuhu... badan ni masih blum sihat sepenuhnya... risau gak... namun begitu, syukur alhamdulillah apabila suhu badan aku telah kembali normal... ye la, dengan keadaan tahap kesihatan sekarang yang tak berapa bagus, risau klau dijangkiti penyakit berjangkit yang sedang menular dikalangan kita... semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari segala penyakit...

::Premier League Highlights:::

Dalam perlawanan pertama Liga Perdana England menyaksikan Arsenal bermula garang dengan membelasah Everton 6-1. Kemenangan ini meletakkan skuad Gunners mendahului liga selepas ramai yang mempersoalkan keupayaan mereka untuk mengekalkan status sebagai empat gergasi Liga Perdana bersama Manchester United, Liverpool dan Chelsea...

kat sini aku nak ulas ckit tentang prediciton untuk 4 kelab gergasi ini bagi musim 2009-2010...


last season: 4th
prediction: 3rd

last season: 2nd
prediction : 2nd

last season: 3rd
prediction: 1st

last season: 1st
prediction: 4th
anyway, it's just a prediction guys... ;p