THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

mane yg harus ku pilih??? PART 1


dah lame rasenye x update kat cni... asik sebuk berfacebook je... huhuhu... mane yg harus ku pilih??? blog atau facebook??? hehehe... lgpon lately x byk pic yg nak dikongsikan di cni...nak bebel pon xde idea... tambah plak skrg ni masih dlm mood raya... tahun ni raya x bape meriah sgt coz kesihatan ayah x mengizinkan... so kitorg just lepak kat umah n tunggu org dtg beraya je... hehe... ok la 2...

:::Salam Aidilfitri buat semua.. Maaf Zahir & Batin:::


Setelah hampir sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, kini tibalah masanya untuk meraikan kemenangan dengan menyambut tibanya Syawal.. dikesempatan ini, saya ingin menyusun jari memohon maaf andai ada terkasar bahasa dan membuat salah dan silap.. Semoga Hari Raya kali ini memberikan kenangan yang terindah buat kita semua.. ~buat mereka yg melalui perjalanan yang jauh utk pulang ke kampung, diharapkan berhati-hati di jalanraya, ingatlah orang yang tersayang~ :)

.: CiNTa SeJaTi LaNgiT daN LauT:.


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langitmendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.
Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

:::RaMaDHaN aL-MuBaRaK:::

Tanpa kita sedari, Ramadhan telah datang menjengah kita kembali... harap2 belum terlambat untuk ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua... semoga kita semua dapat menjalani ibadah dengan penuh kesabaran dan keinsafan... kedatangan Ramadhan kali aku sambut dalam keadaan kurang sihat... demam, batuk, selsema, datang silih berganti... seluruh badan terasa sakit... sengal segala sendi... dan sehingga ke hari ni, aku masih lagi didalam mood demam... huhuhu... badan ni masih blum sihat sepenuhnya... risau gak... namun begitu, syukur alhamdulillah apabila suhu badan aku telah kembali normal... ye la, dengan keadaan tahap kesihatan sekarang yang tak berapa bagus, risau klau dijangkiti penyakit berjangkit yang sedang menular dikalangan kita... semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari segala penyakit...

::Premier League Highlights:::

Dalam perlawanan pertama Liga Perdana England menyaksikan Arsenal bermula garang dengan membelasah Everton 6-1. Kemenangan ini meletakkan skuad Gunners mendahului liga selepas ramai yang mempersoalkan keupayaan mereka untuk mengekalkan status sebagai empat gergasi Liga Perdana bersama Manchester United, Liverpool dan Chelsea...

kat sini aku nak ulas ckit tentang prediciton untuk 4 kelab gergasi ini bagi musim 2009-2010...


last season: 4th
prediction: 3rd

last season: 2nd
prediction : 2nd

last season: 3rd
prediction: 1st

last season: 1st
prediction: 4th
anyway, it's just a prediction guys... ;p

yang mana satu??


Ku jalan sendiri
Tiada tempat untuk menanti
Tiadamu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari
Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
dan tersungkur di ketepian
Kain putih yang ku berikan padamu
Kini pudar warna-warnanya
Ku selimut diatas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah bahu
Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang nan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa
Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur
Ku sunting dirimu kan ku genggam
Hatimu itu kan ku jaga
Bagai bungaku kau kan tumbuh
Terus mewangi
Kau mekarlah wahaimu bunga
Subur mewangi didalam hati
Jangan gugur sekali lagi
Bila kau jatuh terus menyepi

emmm... sampai hari ni aku masih x tau tajuk sebenar lagu ni... Cinta Kain Putih ke Kain Cinta Putih?? cik mus yang handal bab2 lagu ni pun konpius... korg agak2 ape ek tajuk sebenar lagu ni?? hehehe... xpe2, xpayah nak pening2, yang penting lagu ni banyak memberikan kenangan pada aku... actually lirik die xde kena mengena pun, cuma bile dengar lagu ni rase macam ade "something"... hekhekhek... ape yg aku tau, lagu ni sebenarnye popular masa zaman2 kegemilangan rock kapak + jiwang karat + tangkap leleh (back in 90s)... hehehe... zaman ayu layan lagu kat radio muzik malam2 sambil buat kerja skolah... (ayu, ko ingat lagi x??) tp kdg2 dgr lagu camni best gak... especially bile org tu pun suke dgr lagu yg same... hihihihi...

T.R.A.U.M.A


keadaan bubu yg trauma selepas kejadian aku melanggar ekor die, amat menyedihkan... rase kesian bile tgk die melarikan diri saat enjin kereta aku dihidupkan... yang kelakarnye, die akan lari sembunyikan diri bila nmpak kereta aku... ngan kereta ayah or abang aku, bubu relax je... mcm xde ape2 yg berlaku... hehehe... kesian bubu... sorry sgt2 ek... lain kali bubu jgn tido bwah kereta lg tau... ;p



Hari ni....


cuaca yang sejuk dan mendung diluar membuatkan aku terasa di awang-awangan ketika di opis...emmm, sejukkk...bile sejuk, mata jd ngantuk perut jadi lapar... nape ekk?? kemusykilan ni xpenah dapat dijawab oleh aku... huhuhu... arini rase agak "M" untuk buat keja... tapi walau camne pon, hidup mesti diteruskan... keja mesti dibuat... klau tak nnti bos aku marah... hehehe... (tapi kak lin jarang marah, sbb kak lin bos yg baik...wehhh, aku bukan kaki kipas tauu...kipas time panas jee..hehehe...) krekk keookk.. opsss... perutku berbunyi... lapaqq!! uwaaaa... pagi td mkn seketul cempedak goreng je... perut dah masuk angin la ni.... jam baru menunjukkan kul 10pagi... alahaiii, lmbatnye nak tunggu waktu lunch... stok biskut dah abis dimkn oleh en.bob... huhuhu... xde rezeki aku nmpaknye...
tik..tik..tik...waktu berdetik...awat la jam ni lmbat sngat bergerak??? aku da xbleh tahan ni... kelaparan sehingga membuatkan aku xbleh nk berkata2 lagi... ngantuk tahap gaban plak dtg menyerang... plan nak ikut kak lin gi mkn chicken chop kat kompleks PKNS terpaksa aku batalkan... sbb terbayang2 bantal peluk aku kat umah... huhuhu...
balik umah mak aku masak plak tomyam... perghh... ape lagi, 2 pinggan nasi aku belasah... lepas kenyang, aku terus mendapatkan bantal peluk... emmm, empuknye tilamm... hehehe...
sedar x sedar jam dh menunjukkan kul 2... terasa malas nk bersiap2 ke opis semula... emmm... tetibe aku dpt sms... hihihihi... senyum smpai ke telinga... ptg ni ade org nak blanje mkn prawn olio kat pizza hut... yeyyyeeee!!! sedapnyeee... terbayang2 rase sedappp... (berbaloi2!!)

sape yg x abis mkn pizza ni??? emmmm... nak kena rotan...

ni la prawn olio... wlaupun nmpk simple, tapi aku mmg suke gile!!! tapi udang 2 yang bleh wat aku jadi gile... gatal ooo klau mkn... encik tlg mknkan udang 2 ye... hehehe... tq!!!

jalan2 tengok bunga.....


















Hot Air Baloon Fiesta 2009

actually event ni berlangsung pada bulan Mac lepas... baru nak load pic dlm ni sbb i pun baru je start blogging... hehehe... seronok sgt mase ni coz bleh tengok bermacam2 jenis belon panas...macam2 ada... huhu... anyway, enjoy the pics k!!!


mana belonnye??? hehehe...








sampai ke malam kami duk kt Putrajaya ni... 1st time tengok belon panas la katekan... ;p


ISLAM DAN TIDUR

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.

(Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)

Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.

(Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing')

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999.

(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah
Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."(Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

makan makan....

tq kak lin n cik mus sbb bawa i lunch kat Intekma Resort... (walaupun i yg drive keta.. hehe)
kenyang sangat... alhamdulillah... tq so much ye...


minum air kosong je....
oxtail soup @ sup ekoq
kak lin sedang "bz" makan..hehe..
hanim posing dulu sebelum makan....

cik mus pun nak posing gak...
xde sape ke nak amik pic i?? amik pic nasi pun jadi laaa..hehehe...

dessert ni ape tah name die... sedap gak..... ;)

PanGKoR LaGi......



here i add some more pics....jom kite layannnnn...
(thanks guys 4 sharing those pics... ;) )

amboi kamal, awat hang lentok abis kt keyrul 2....uhuhuhuu..

fuiyooo...dasat ar, ade bola2 api...hehe...

yus: cisss, aku penat2 bakar korg plak sedap2 berposing... ni yg buat aku terbakar ni....

ikan2 yang kami skodeng semasa snorkeling...

para snorkeler memberikan "pose" terbaik... hehe...
sempat lagi naik banana boat....

pilih kak jgn tak pilihhh...

anak sape la yang ramai niii... hehehe...

achik n family... dlm perjalanan pulang... qaseh kt blakang tu nmpk comey sgt2!!

dimana ade camera, disitu ade saye... cube teka sape saye?? hohoho...

sakit perut ke?? lain mcm je posing... huhuhu...

from left: kak ida n family, fiza, kak yati n art (walid darwish)

berehat sebentar utk menghilangkan penat dan dahaga....

hanya cik mus saje yg mampu tersenyum paksa...uhuhuhu...

jejaka2 terhangit di pasaran... kehkehkehek...